Truffle Badam

ASSALAMUALAIKUM.....

Hari ni Mak Long nak kongsikan resepi paling mudah untuk semua penggemar-penggemar coklat. Rasanya memang UMPPPP....Yummy ... Yummmy. Anak-anak buah Mak Long memang berkenan bebenor kalau Mak Long membuatnya.  Resepi asal Mak Long ambil dari buku 'Cara Mudah Membuat Coklat'. Mak Long memang tak tukar apa-apa pun, ikut sahaja seperti yang ada dalam resepi. Tak rugi kalau membeli dan menyimpan buku-buku resepi ni. 

SELAMAT MENCUBA ya bagi yang ingin mencuba.


BAHAN-BAHAN:

  • 50g krim putar
  • 50g coklat gelap compound
  • 100g coklat susu compound
  • 10g mentega
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 50g badm cincang (dipanggang)

HIASAN
  • Coklat Susu
  • Badam Cincang

CARA PENYEDIANNYA:
  1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan kemudian padamkan api. Kemudian letakkan mangkuk stainless steel di atasnya.
  2. Masukkan separuh coklat susu dan coklat gelap ke dalam manguk stainless steel.
  3. Cairkan secara double boiler.
  4. Masukkan krim putar.
  5. Kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau hingga sebati.
  6. Masukkan badam cincang. Simpan dalam peti sejuk 2-3 jam.
  7. Setelah keras, bulat-bulatkan coklat.

MENCELUP COKLAT
  1. Masukkan coklat susu di dalam mangkuk stainless steel untuk mencelup. Kacau hingga coklat cair. 
  2. Celupkan coklat bebola ke dalam coklat cair dengan menggunakan sudu.
  3. Kemudian letakkan ke dalam badam cincang.

Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa