Biskut Suji Kelapa


Sempena dekat nak raya ni, Mak Long kongsikan resepi Biskut Suji Kelapa.



BAHAN-BAHAN

  • 220gm tepung serbaguna
  • 100gm gula aising
  • 40gm kelapa kering
  • 130gm minyak sapi
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit ceri merah - potong kecil (hiasan)


CARA PENYEDIAAN:
  1. Sebatikan tepung, kelapa kering, gula dan garam.
  2. Kemudian masukkan minyak sapi, gaul sebati sehingga menjadi doh.
  3. Terapkan ikut bentuk yang disukai dan, susun dalam dulang pembakar (Kalau ikut resepi asal, uli adunan sebesar biji guli).  Letakkan ceri dan bakar selama 18 hingga 20 minit pada suhu 170'c.
  4. Sejukan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


***Meriahnya Hari Raya dengan aneka jenis biskut***

Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi