Biskut Untaian Coklat


ASSALAMUALAIKUM ....

Hari ni Mak Long nak kongsikan resepi paling mudah dan senang. Rasanya pun sedap.

BAHAN-BAHAN

BAHAN A

  • 250gm buttercup
  • 100gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu esen vanila

BAHAN B
  • 2 sudu besar susu tepung

BAHAN C
  • 160gm tepung jagung
  • 10gm serbuk koko
  • 220 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh coklat emulco

CARA PENYEDIAAN:
  1. Putar buttercup dan gula icing hingga sebati. 
  2. Masukkan telur dan esen vanila dan putar semula tetapi jangan terlalu lama.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Dengan menggunakan spatula sebatikan bahan tersebut.
  4. Akhir sekali masukkan bahan C. Pastikan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk koko diayak terlebih dahulu.
  5. Bentukkan dengan menggunakan acuan untaian.
  6. Bakar dalam suhu 160'C selama 20 minit.

Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa