Resepi Jejari Roti Gula Almond


ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI


Rasa begitu teruja dipagi hari untuk menyiapkan blog Mak Long ini sepenuhnya. Celik-celik jer mata terus on komputer. Entri kedua Mak Long kali ni Mak Long nak kongsikan resepi paling mudah. Sebenarnya resepi ni Mak Long dapat dari teman-teman Mak Long di fb. Resepi mudah untuk untuk bersarapan pagi atau minum petang. Rangup dan kalau dapat cicah ngan air kopi atau teh memang lagi menyelerakan.

So di bawah ni Mak Long kongsikan bersama resepinya. 



BAHAN-BAHAN:

  • 1 buku Roti Gardenia atau apa sahaja jenama pun boleh
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan badam halus
  • Mentega

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan gula halus, gula perang dan badam ke dalam satu bekas. Gaulkan supaya rata.
  2. Sapukan mentega di atas permukaan roti.
  3. Kemudian taburkan gula dan badam tadi di atas permukaan roti.
  4. Roti dipotong memanjang seperti jejari menggunakan gunting. 
  5. Aturkan ke dalam dulang.
  6. Oven dipanaskan dalam suhu 160'C. Bakar selama 15 minit atau hingga garing dan rangup.

Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa