Butter cupcakes dengan Hirisan Badam yang Mak Long buat untuk perkahwinan sepupu Mak Long, Mira dan pasangannya Faiz pada 31 Ogos 2014. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Aminn......
Hi apa khabar? Lama Mak Long tak bersiaran. Kali ni Mak Long nak berkongsi resepi Tauhu Thai. Resepi ni Mak Long dapat dari sepupu Mak Long. Katanya kawan dia yang ajar. Kalau beli sepinggan RM8. Dari kita beli baik kita buat sendiri. Bukannya susah bebenor. BAHAN-BAHAN Tauhu putih(6 ketul) 2 biji bawang (sebiji timun tapi Mak Long guna separuh jer sebab kurang suka sayur :) Cili padi (dihiris halus) Sos Cili Thai CARA PENYEDIAAN: Panaskan minyak dalam kuali. Goreng tauhu tadi. Bila dah kekuningan sila angkat dah toskan. Sejukkan sebentar. Dalam bekas lain masuk timun yang dah diparut, bawang yang dihiris halus dan cili padi tadi. Gaul sebati. Masukkan sos cili thai tadi. Agak-agak yer. Kalau rasa nak kuah banyak bubuh lebih tapi jangan ler banyak sangat. Tauhu yang dah disejukkan tadi dipotong empat dan dimasukkan dalam bekas tadi. Gaul sebati. Siap dan boleh dihidangkan ngan nasi. Kalau Mak Long, ratah cam gitu jer.
Siang tadi makan kat kedai. Pagi-pagi Mak Long dah keluar bawa mak gi hospital. Sejak akhir-akhir kesihatan mak agak terjejas kerana asma dan sakit kaki. Balik dari hopital Batu Gajah terus singgah TF kat area Batu Gajah. Cadangnya nak membeli buah-buahan. Banyak-banyak shopping complex kat Ipoh ni, Mak Long rasa TF adalah tempat yang terbaik untuk mencari buah-buahan. Pertama alasannnya disebabkan terdapat pelbagai jenis buah dan keduanya buah-buahannya segar. Harga dijamin berpatutan. Dari TF ronda-ronda kejap kat TESCO Pengkalan. Menjamu selera kat Food Court Tesco Pengkalan Station 18. Kali ni makan memang tak best. Tak tau nak kata apa. Harga mahal dan teramat-amatlah tidak puas hati dengan rasanya. Mak Long tak kisah kalau harga mahal asalkan rasanya berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Opssss melalut Mak Long bercerita tentang hal lain. Disebabkan siang tadi dok makan kat kedai, malam terpaksalah memasak. Nak gi makan luar takut tak sedap lagi. Air tangan sendiri dan a
Sempena dekat nak raya ni, Mak Long kongsikan resepi Biskut Suji Kelapa. BAHAN-BAHAN 220gm tepung serbaguna 100gm gula aising 40gm kelapa kering 130gm minyak sapi 1/4 sudu kecil garam sedikit ceri merah - potong kecil (hiasan) CARA PENYEDIAAN: Sebatikan tepung, kelapa kering, gula dan garam. Kemudian masukkan minyak sapi, gaul sebati sehingga menjadi doh. Terapkan ikut bentuk yang disukai dan, susun dalam dulang pembakar (Kalau ikut resepi asal, uli adunan sebesar biji guli). Letakkan ceri dan bakar selama 18 hingga 20 minit pada suhu 170'c. Sejukan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. ***Meriahnya Hari Raya dengan aneka jenis biskut***
Comments
Post a Comment