Salam Perkenalan



ASSALAMUALAIKUM .....

Salam perkenalan dan persahabatan daripada Mak Long. Blog ini masih lagi dalam proses pembinaan. Mak Long bukanlah blogger baru dalam dunia blog ini. Blog ini adalah kesinambungan dari blog Mak Long sebelum ini. Mak Long tidak mengingati password dan email blog sebelum ini, jenuh Mak Long mencuba tetapi tak berjaya. Akhirnya Mak Long ambil keputusan untuk membuat sebuah blog yang baru. Mak Long masih menggunakan latar belakang yang sama dan cara yang sama kerana Mak Long masih sayangkan blog Mak Long yang lama. Last Mak Long update blog tersebut adalah bulan April 2014, kesibukan dengan kerja dan tugas harian yang lain menyebabkan Mak Long menyepi seketika dari dunia blog namun tak sangka pula penyepian Mak Long membawa padah kepada Mak Long kerana boleh terlupa password dan email yang digunakan.

Malam dan semakin larut. In Shaa Allah Mak Long akan sambung kemudian. Sekarang tiba masa untuk melelapkan mata. Terasa letih sangat hari ini. Selamat Malam semua. Moga jumpa lagi dalam catatan yang seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa