Tauhu Thai


Hi apa khabar? Lama Mak Long tak bersiaran. Kali ni Mak Long nak berkongsi resepi Tauhu Thai. Resepi ni Mak Long dapat dari sepupu Mak Long. Katanya kawan dia yang ajar. Kalau beli sepinggan RM8. Dari kita beli baik kita buat sendiri. Bukannya susah bebenor.


BAHAN-BAHAN

  • Tauhu putih(6 ketul)
  • 2 biji bawang (sebiji timun tapi Mak Long guna separuh jer sebab kurang suka sayur :)
  • Cili padi (dihiris halus)
  • Sos Cili Thai 


CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Goreng tauhu tadi. Bila dah kekuningan sila angkat dah toskan. Sejukkan sebentar.
  3. Dalam bekas lain masuk timun yang dah diparut, bawang yang dihiris halus dan cili padi tadi. Gaul sebati. 
  4. Masukkan sos cili thai tadi. Agak-agak yer. Kalau rasa nak kuah banyak bubuh lebih tapi jangan ler banyak sangat.
  5. Tauhu yang dah disejukkan tadi dipotong empat dan dimasukkan dalam bekas tadi. Gaul sebati.
  6. Siap dan boleh dihidangkan ngan nasi. Kalau Mak Long, ratah cam gitu jer. 



Comments

Popular posts from this blog

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa