Coklat Praline (Kismis)
Pertama kali ketika menceburi bidang baking ni adalah dengan berjinak-jinak dengan coklat pada asalnya. Mula-mula menghadiri kelas asas membuat coklat dan kemudian dari situlah mula pergi dari satu kelas menuntut ilmu membuat kek, roti, cream puff, donut dan sebagainya. Tak jemu menuntut ilmu walaupun beribu duit dikeluarkan agar impian dipenuhi. Mak Long bukanlah nak jadi chef yang terkenal tetapi apa yang Mak Long pelajari ni semuanya adalah untuk kepuasan diri, memenuhi masa lapang Mak Long. Mak Long masih mengutamakan karier Mak Long. Amanah yang perlu Mak Long pikul.
Ni perkongsian resepi paling mudah. Tak perlu nak buat filling dalamnya sebab Mak Long cuma letak kismis dalamnya. Actually kismis ni boleh digantikan dengan pelbagai jenis kekacang yang lain atau kurma mengikut citarasa masing-masing.
BAHAN-BAHAN:
- 100g coklat compound (Milk)
- 100g white coklat
- Kismis
- Acuan coklat
CARA PENYEDIAAN:
- Cairkan coklat compound (Milk) dengan menggunakan kaedah double boiler. Nak gunakan dark coklat pun boleh, ikut kesukaan. Selepas itu masukkan ke dalam piping beg.
- Kemudian cairkan white coklat. Masukkan ke dalam piping beg.
- Paipkan white coklat ke dalam acuan. 1/2 penuhnya.
- Masukkan ke dalam peti sejuk dalam 5 hingga 10 minit. Agak-agak sendiri.
- Bila dah agak keras bubuh kismis dan tutup semula dengan white coklat.
- Masukkan semula ke dalam peti sejuk hingga mengeras. Selepas itu boleh dibubuh dalam kertas cawan.
Nota:
- White coklat boleh diwarnakan mengikut kesukaan. Pastikan anda menggunakan pewarna coklat yang sebenarnya. Biasanya boleh didapati di kedai pembekal bahan-bahan kek. Contohnya kalau kat Ipoh ni Merit, Wah Seng atau Bake With Yen.
Comments
Post a Comment