Coklat Strawberi



 BAHAN INTI STRAWBERI

  • 30g krim putar
  • 75g coklat putih compound
  • 1 sudu besar pes strawberi
  • 1 sudu teh perasa strawberi

CARA MEMBUAT:
  1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan kemudian padamkan api. Kemudian letakkan mangkuk stainless steel di atasnya.
  2. Panaskan krim putar secara double boiler di dalam mangkuknya/
  3. Masukan coklat putih compound dan kacau hingga coklat cair dan sebati.
  4. Tuangkan krim putar e dalam coklat putih. Kacau rata.
  5. Masukkan pes dan perasa strawberi. Kacau hingga rata.
  6. Masukkan ke dalam beg piping dan simpan dalam peti sejuk hingga separuh keras.

BAHAN COKLAT:
  • 100g coklat susu compound
  • 100g coklat putih compound
  • Inti strawberi
  • Oilbase warna merah jambu

CARA MEMBUAT:
  1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan kemudian padamkan api. Kemudian letakkan mangkuk stainless steel di atasnya.
  2. Masukkan coklat susu ke dalam mangkuk stainless steel.
  3. Cairkan coklat susu secara double boiler. Ketepikan.
  4. Di dalam mangkuk lain cairkan coklat putih secara double boiler.
  5. Masukkan oilbase warna merah jambu dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan ke dalam beg piping.
  7. Masukkan coklat berwarna merah jambu pada paras separuh acuan. Ketuk acuan coklat agar coklat rata dan keraskan di dalam peti sejuk.
  8. Setelah keras keluarkan dari peti sejuk dan paipkan inti strawberi di atas coklat merah jambu tadi.
  9. Kemudian paipkan adunan coklat susu di atas inti strawberi hingga penuh acuan. Keraskan coklat di dalam peti sejuk.
  10. Setelah keras keluarkan coklat dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA DARI DAPUR MAK LONG

Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa