Sambal Kerang Cili Padi
Siang tadi makan kat kedai. Pagi-pagi Mak Long dah keluar bawa mak gi hospital. Sejak akhir-akhir kesihatan mak agak terjejas kerana asma dan sakit kaki. Balik dari hopital Batu Gajah terus singgah TF kat area Batu Gajah. Cadangnya nak membeli buah-buahan. Banyak-banyak shopping complex kat Ipoh ni, Mak Long rasa TF adalah tempat yang terbaik untuk mencari buah-buahan. Pertama alasannnya disebabkan terdapat pelbagai jenis buah dan keduanya buah-buahannya segar. Harga dijamin berpatutan. Dari TF ronda-ronda kejap kat TESCO Pengkalan. Menjamu selera kat Food Court Tesco Pengkalan Station 18. Kali ni makan memang tak best. Tak tau nak kata apa. Harga mahal dan teramat-amatlah tidak puas hati dengan rasanya. Mak Long tak kisah kalau harga mahal asalkan rasanya berpatutan dengan harga yang ditawarkan.
Opssss melalut Mak Long bercerita tentang hal lain. Disebabkan siang tadi dok makan kat kedai, malam terpaksalah memasak. Nak gi makan luar takut tak sedap lagi. Air tangan sendiri dan air tangan mak adalah paling best. Kebetulan siang tadi ada beli kerang kat TF so malam ni Mak Long masak kerang jerlah. Resepinya simple sangat. Dengan Mak Long ni senang sangat-sangat. Resepi semuanya mudah-mudah. Siapa kata memasak tu susah. Cer habaq mai kat Mak Long hehehe....campak-campak pun dah siap...hehehe...
Mak Long share resepi ni untuk manfaat kita bersama-sama. Mana-mana yang nak mencuba Mak Long izinkan. Resepi ni pun boleh digunakan untuk ayam. Kalau ayam memang sedap. My Favourite tu... hehehe
BAHAN-BAHAN:
- 2 kilo kerang (dibasuh, direbus dan dibuang kulit)
- 2 1/2 biji bawang besar
- 10 tangkai cili padi (kalau nak pedas leh tambah lagi)
- Sedikit minyak
- Garam secukupnya.
Cara Penyediaannya:
- Bawang besar dan cili padi ditumbuk lumat.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bawang besar dan cili padi hingga naik baunya (sampai masak)
- Masukkan sedikit garam dan kacau.
- Masukkan kerang tadi dan kacau hingga kering. Biar sampai nampak bawang dan cili tu bersalut kat kerang.
- Setelah masak boleh hidangkan untuk makan bersama keluarga tercinta.
Comments
Post a Comment