Kek Minyak


ASSALAMUALAIKUM

Hari ni Mak Long bersemangat nak membuat sesuatu untuk cinta hati Mak Long. Jadi untuk menunaikan permintaan cinta hati Mak Long, maka Mak Long mencuba membuat kek minyak ni. Sebenarnya ini merupakan kali pertama Mak Long membuat kek minyak ni. Selama ini hanya menatap gambar-gambar kek minyak yang dibuat oleh rakan-rakan fb dan blogger masakan yang lain. Hati memang dah terpaut lama tetapi kesuntukan masa dan dicampur sedikit dengan kemalasan membuatkan operasi membuat kek minyak ini tertangguh. Alhamdulillah hari ni demi cinta hati Mak Long, maka terhasilkan kek minyak Dari Dapur Mak Long.

Resepi asal Mak Long ambil dari blog "Dari Dapur MaDiHaA". Terima kasih atas perkongsian resepinya dan hari ini Mak Long memanjangkan lagi perkongsian resepi ini. Moga kita dapat memanfaatkannya bersama-sama untuk memberi hidangan yang terbaik buat keluarga kita tercinta.


BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • perasa (mak long guna perasa pandan untuk yang warna hijau), manakala Mak Long just guna pewarna merah, kuning memang warna asal.


CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
  3. Pukul telur bersama gula dan ovallete hingga kembang.
  4. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Putar lagi.
  5. Masukkan minyak dan pukul rata. Putar sebentar sahaja supaya adunan rata.
  6. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan baking powder.  Gaulkan rata. Kemudian bahagikan kepada 3 bekas dan bubuh pewarna atau perasa mengikut kesukaan.
  7. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit.


Comments

  1. terima kasih Mak Long atas perkongsian resepinya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa