Muffin Pandan
ASSALAMUALAIKUM ....
Seperti biasa setiap hari Ahad pasti Mak Long akan buat sesuatu untuk keluarga besar Mak Long. Biasanya pada hari ni adik-beradik sebelah emak akan berkumpul di rumah kerana melawat opah dan tok. Hari ni Mak Long mencuba resepi muffin yang sangat mudah dan cepat. Dalam masa sejam semuanya siap terhidang buat keluarga tercinta. Rupanya mudah jer nak buat muffin, just campur sahaja bahan-bahannya dan pukul tak perlu nak putar menggunakan mixer.
Sebenarnya Mak Long buat dua jenis muffin hari ini. Pertama muffin pandan dan keduanya muffin vanila. So kat entri yang ni Mak Long share dulu resepi muffin pandan. Resepi muffin pandan ini Mak Long ambil dari blog "Ena Lovely Kitchen". Mak Long memang tak ubah apa-apa pun bahan-bahannya, just ikut sahaja cuma bahagian hiasan tu Mak Long tukar bubuh coklat cips sebab Mak Long tak der simpan gajus cincang kat umah. Oh ya, terima kasih banyak-banyak kepada "Ena Lovely Kitchen" atas perkongsian resepinya.
Alhamdulillah ahli keluarga suka dengan muffin yang Mak Long buat ni. Kembang kempis jugalah hidung Mak Long yang tak beberapa kembang ni sebab dipuji. Syukur sangat-sangat apabila apa yang kita buat disukai. Hanya ini sahaja yang mampu Mak Long buat untuk membahagiakan keluarga Mak Long dan mengukir senyuman di wajah mereka. Moga Mak Long diberi kesihatan yang baik untuk terus berkongsi rezeki dan mencuba pelbagai jenis masakan untuk ahli keluarga Mak Long.
- 200g tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil bicarbonate soda
- 1/2 sudu kecil garam
- 120g gula kastor
- 200 ml santan - guna 100ml santan dan 100ml air
- 100ml minyak
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil pandan paste
- 1/2 sudu kecil pandan flavor
- Sedikit pewarna hijau
- Hiasan (apa sahaja - resepi asal guna gajus cincang tetapi Mak Long guna coklat cips jer)
CARA MEMBUAT:
- Panaskan oven pada suhu 180'C.
- Ayakkan tepung gandum, baking powder dan bicarbonate soda. Masukkan garam dan gula dan gaulkan rata.
- Dalam bekas lain satukan santan, minyak, pandan paste, pandan flavor, telur dan pewarna.
- Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam kertas cawan. Tabur dengan coklat cips.
- Bakar selama 25 minit hingga 30 minit.
SELAMAT MENCUBA DARI DAPUR MAK LONG
sedapnya Mak Long....
ReplyDeletememang sedap dan terbaik Suraya
ReplyDelete