Biskut Florenta Cookies
ASSALAMUALAIKUM ....
Ini adalah salah satu kudapan yang Mak Long paling suka.iaitu Florenta Cookies. Family members Mak Long yang lain pun suka sangat. Masa raya hari tu Mak Long dah siap-siap beli tepung florenta dan bahan-bahan lain untuk membuatnya tetapi akhirnya tak sempat nak buat disebabkan kesibukan Mak Long dengan kerja dan tempahan. Akhirnya bila raya dah habis baru buat. Itu pun bila adik Mak Long minta Mak Long buatkan untuk jamuan hari raya di sekolahnya, kalau tidak ntah bila agaknya Mak Long buat.
Hari ni Mak Long kongsikan cara-cara nak buat biskut Florenta Cookies ni, mana tau kot-kot dapat membantu suri rumah tangga atau sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan atau membuat untuk keluarga tersayang.
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kekacang (boleh beli ikut citarasa masing-masing)
- 250gm tepung florenta
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan kekacang dan tepung florenta.
- Ratakan dalam loyang/ dulang (Mak Long menggunakan loyang yang buat cupcakes)
- Bakar dalam suhu 170'C selama 10 minit.
- Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.
Pastikan baki tepung florenta yang digunakan disimpan dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan masuk angin dan keras macam batu.
Comments
Post a Comment