Bubble Rice Bersalut Coklat
Bubble Rice bersalut coklat, resepi paling mudah dan ringkas yang Mak Long ingin kongsikan. Moga resepi ni dapat dimanfaatkan bersama-sama buat penggemar coklat.
BAHAN-BAHAN:
- 500g Coklat Compound (Milk)
- 500g Bubble Rice
- Manik (hiasan)
CARA PENYEDIAAN:
- Cairkan coklat secara double boiler.
- Satukan bubble rice dan coklat. Kacau hingga sebati.
- Isikan ke dalam kertas cawan dan bubuh manik sebagai hiasan. Hiasan ni boleh guna apa sahaja ikut citarasa masing-masing.
- Sejukkan ke dalam peti ais lebih kurang 20 minit.
- Siap dan boleh dihidangkan.
Comments
Post a Comment