Biskut Florentine


ASSALAMUALAIKUM .....

Ini cerita semalam sebenarnya. Biskut Florentine yang dibuat khas untuk keluarga kecil Mak Long. Baru hari ni sempat tulis entri dan perkongsian resepinya. Semalam sibuk sikit melayan telatah cinta hati Mak Long. Hari ni subuh-subuh lagi mereka dah pulang ke Grik. Cuti sekolah dah habis. Terasa sunyi dan sepi rumah bila mereka tiada. Kalau ada riuh-rendah rumah dibuatnya dengan berkejaran 4 beradik dalam dalam rumah. Bermain bola, atau riuh rendah suara mereka bergurau sesama sendiri dan dihiasai tangisan. Maklumlah budak-budak. Sangat-sangat merindui mereka walaupun baru beberapa jam mereka pulang. 

Berbalik tentang cerita biskut florentine, sebenarnya sebelum ini Mak Long dah pernah tulis entri tentang biskut ni, ada sekali perkongsian resepinya. Cuma ketika itu Mak Long buat bentuknya berbeza sikit iaitu bulat-bulat. Sila klik ke link ini untuk maklumat lanjut http://cahayaqasehh78.blogspot.com/2014/09/biskut-florenta-cookies.html

Resepi kali ini Mak Long ambil dari majalah RASA keluaran Jun Edisi Bumper. Resepi yang mudah. Biskut yang terhasil memang sedap dan sangat rangup. 


BAHAN-BAHAN:

  • 200g tepung florentine
  • 50g biji bunga matahari
  • 50g kuaci labu
  • 150g kepingan badam
  • 20g bijan hitam



CARA MEMASAK:

  1. Sediakan sebuah besen, satukan semua bahan dan gaul sebati.
  2. Tuangkan di dalam loyang dan ratakan dengan rapi.
  3. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 170'C selama 15 minit.
  4. Sejurus diangkat keluar, terus potong-potong menjadi kepingan.
  5. Biaran sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa