Muffin Vanila


Sambungan entri sebelum ini. Sila klik link berikut http://cahayaqasehh78.blogspot.com/2014/09/muffin-pandan.html


BAHAN-BAHAN:
  • 125g mentega dicairkan
  • 150g gula kaster
  • 2 biji telur
  • 250g tepung kek/ tepung serbaguna
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • Secubit garam
  • 70g susu segar
  • 2 sudu teh esen vanila


CARA MEMBUAT:
  1. Satukan telur, esen vanila dan gula. Pukul hingga sebati.
  2. Ayakkan tepung, serbuk penaik dan garam, kaup balikkan ke dalam adunan telur berselang-seli dengan susu segar.
  3. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaulkan hingga rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam kertas cawan.
  5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 hingga 25 minit.


SELAMAT MENCUBA DARI DAPUR MAK LONG

Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa