Posts

Showing posts from 2014

Benjo

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Mak Long nak kongsikan resepi paling mudah. Resepi sendiri tak ikut mana-mana, just tengok apa bahan yang ada dalam almari dan peti ais dan kemudian masak. Malam ni Mak Long rasa malas nak makan nasi. Tengok roti burger yang beli kat Tesco tempohari pun masih ada. Ingatkan nak makan cicah ngan kopi jer tapi tiba-tiba terdetik dihati nak buat Benjo Selalunya beli jer, kalau beli rasanya RM1.20. Ini harga dulu tapi sekkarang ntahlah banya barang atau benda yang dah naik harga. Lagipun dah lama tak beli Benjo ni. Bahan-Bahan untuk buat Benjo ni mudah jer. Antaranya: Roti burger (4 biji) 4 biji telur Butter Lada sulah Sos Cili Myonis Tomato (dihiris) Cara-cara nak buat benjo: Roti burger dibelah dua. Kemudian Mak Long sapukan butter pada permukaan roti burger. Kuali dipanaskan dan kemudian letakkan permukaan roti pada kuali. Biarkan kekuningan Mak Long tak bubuh minyak. Dan satu lagi Mak Long just gunakan kuali jer untuk buat Benjo ni,

Tempahan Cupcakes

Image
Tempahan cupcakes dari Mas Mia untuk birthday anaknya. Kali ni temanya biru. Harap-harap Mas suka dan puas hati. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi order Dari Dapur Mak Long dan memberi kepercayaan kepada Mak Long setiap tahun. Dalam menyiapkan tempahan untuk Mas, sempat juga Mak Long buat cupcakes untu diri sendiri. Ini hasilnya. Cupcakes yang sama cuma dekonya saja yang berbeza.

Tempahan Snowy Cheese

Image
Alhamdulillah siap juaga tempahan Snowy Cheese Coklat ni. Sebenarnya Snowy Cheese Coklat Cake ni ditempah oleh sepupu Mak Long untuk ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah merea yang ke 25 tahun. Mereka nak buat suprise untuk kedua orang tua mereka. Siap suruh Mak Long berjanji lagi jangan beritahu sesiapa. Buat Pak Cik dan Mak Cik, Mak Long selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 25. Moga berbahagia selalu bersama keluarga tercinta dan diberikan kesihatan yang baik. Always love you all, tanpamu siapalah Mak Long ni. Oh, ya dalam menyiapkan tempahan kek untuk cousin Mak Long ni, sempat jugalah Mak Long buat kek untuk keluarga kecil Mak Long, untuk makan-makan. Buat kek kecil jer. Tengok dalam peti ais ada sedikit lebihan strawberry jadi Mak Long pun bubuhlah untuk mencantikkan kek Mak Long ni. Amacam cantikkan tak deko kek Mak Long ni?

Jeruk Mangga Asam Boi

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Malam ni Mak Long nak share resepi Jeruk Mangga Asam Boi. Rasanya memang MeLetUPpppp, nak buat pun memang mudah sangat-sangat. Tak perlu nak gunakan bahan yang banyak.  Kuantiti yang Mak Long buat ni sedikit jer. Tak dapat nak cari mempelam muda. Ni pun mujur terjumpa 3 biji mempelam muda. Mempelam dibasuh, dibuang kulit dan dipotong. Saiz ikut suka nak kecik ke besor. Mak Long potong sederhana jer saiznya. Untuk 3 biji buah mangga ni, Mak Long masukkan 15 biji asam boi, 2 senduk gula dan 5 biji cabai burung/ cili padi. Kalau ikutkan resepi asal banyak bebenor cabai burung yang digunakan tetapi Mak Long just guna 5 biji. Ni pun podas bagi yang tak tahan pedas. Tapi kalau buat Mak Long memang secukup rasalah rasa pedasnya. Gaulkan sebati kesemua bahan-bahan tadi dan masukkan dalam bekas tertutup. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk biarkan selama 4 hingga 5 jam. Macam Mak Long buat malam semalam so pagi tadi baru rasa. Hmmmm .... rasanya memanglah b

Donut

Image
ASSALAMUALAIKUM ...... Malam ni Mak Long nak share satu lagi resepi buat sahabat-sahabat Mak Long di alam maya ini. Sebenarnya donut ni dah lama Mak Long buat. Hari ni bila belek punya belek gambar-gambar kat komputer rupaya banyak resepi yang Mak Long tak share kan di sini. Resepi donut ni Mak Long dapat dengan menghadiri sebuah kelas di Ipoh. Nak belajar kelas donut ni bukannya murah, RM200. Ada baik jugalah pergi kelas ni kerana selain dapat resepi yang paling penting masa itulah digunakan sebaik mungkin untuk dapatkan tips yang bermanfaat daripada guru-guru yang berpengalaman. Donut ni rasanya sedikit berbeza daripada donut yang kita buat selalu. Mengikut kata guru Mak Long resepi asal donut ni berasal dari Indonesia. Kalau nak tahu rasanya bagaimana bolehlah cuba resepi yang Mak Long kongsikan di sini. BAHAN-BAHAN 350gm tepung high protein 150gm tepung gandum 8gm yis segera 5gm bread improver 5gm bread softener 35gm gula pasir 6gm garam 30gm susu tepu

Puding Triffle

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Baru hari ni Mak Long berkesempatan untuk update entri tentang Puding Triffle ni. Sebenarnya puding ni Mak Long buat ketika menyambut hari jadi adik Mak Long dan Danish pada Hari Raya Korban tempoh hari. Kesibukan dengan kerja dan urusan peribadi menyebabkan tempoh Mak Long berada depan komputer ni agak terhad sebab itulah kadangkala kek, lauk, kuih sebagai contohnya dah buat lama tetapi baru nak update entri  selepas beberapa hari atau beberapa minggu selepas itu. Tapi tak apalah sekurangnya Mak Long masukan juga kan hehehe ..... tambahan sesetengah resepi tu baru pertama kali Mak Long cuba sudah pasti Mak Long nak kena masukkan dalam blog Mak Long ni. Baru tercapai matlamat penubuhan blog masak Mak Long ni iaitu berkongsi resepi dan selain itu memudahkan Mak Long mencari semula resepi-resepi yang pernah Mak Long buat.  Sejujurnya Puding Triffle ni baru pertama kali Mak Long buat. Sebelum ini Mak Long makan buat pertama kalinya hasil air tangan adik

Fruit Cake

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Kek buah yang paling simple Mak Long buat untuk birthday adik lelaki Mak Long. Mak Long cuma gunakan tepung sponge kek yang dah siap dijual di kedai. Ikut arahan saja. Cuma adunan kek tu Mak Long tambah sedikit dengan strawberri paste. Bubuh sikit pewarna pink kasik menyerlah skit warnanya. Selepas kek dibakar, Mak Long gunakan fresh cream untuk topping dan filling tengah. Last sekali Mak Long hiasan dengan buah anggur, limau dan strawberri. Asalnya Mak Long cadang nak buat Strawberri Mousse Kek untuk adik Mak Long tapi memandangkan tak cukup masa, mata pun dah ngantuk masa tu maklumlah dah lewat ketika buatnya. Akhirnya jadi ginilah hasilnya. Walau bagaimanapun rasanya memang MeLetuPp. Siap adik ipar puji lagi sebab tu sebiji kek hilang sekelip mata.

Sambutan Hari Jadi yang Tersayang

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Dalam kesibukan menyambut hari raya Aidiladha sempat juga Mak Long menyiapkan 3 biji kek buat insan yang tersayang iaitu Ana (adik perempuan Mak Long), Ejai (adik lelaki Mak Long) dan cinta hati Mak Long Danish. Danish ni sebenarnya anak kepada adik perempuan Mak Long tetapi manja bebenor dia dengan Mak Long. Mak Long pun memang sayang sangat-sangat kepada Danish, dialah manja, intan, payung, masam, busyuk dan segala-galanyalah buat Mak Long. Anugerah terindah dalam hidup dalam hidup Mak Long. Sambutan hari jadi dibuat pada hari raya Aidiladha. Sebenarnya Ana lahir pada 28 September, manakala Ejai lahir pada 29 September dan Danish pula lahir pada 1 Oktober. Kebiasaannya memang setiap tahun birthday mereka disambut serentak. Memandangkan adik perempuan Mak Long duduk kat Grik jadi sambutannya dibuat lewat sedikit, jadi tarikh yang dipilih adalah pada hari raya memandangkan semua orang berkumpul bersama-sama. Birthday party Ejai dibuat pada sebe

Cempedak Goreng Rangup

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Mak Long share resepi yang paling mudah. Pejam mata pun dah boleh buat hehehe.... tapi jangan pejam mata betul-betul udah ler takut tercelup tangan tu dalam minyak panas. Perumpamaan jer tu untuk menggambarkan betapa senangnya nak buat cempedak goreng ni. Cempedak goreng ni memang favourite Mak Long, bila sampai musimnya memang keraplah Mak Long buat. Tambahan pula pak cik, Mak Long ada dusun so senanglah Mak Long nak dapatkan buah cempedak ni. Tanpa membuang masa Mak Long share resepi ni .... hehehe :) Selamat Mencuba. BAHAN-BAHAN: 1 cawan tepung gandum 2 cawan tepung beras 1 sudu teh garam Cempedak secukupnya Air secukupnya Minyak untuk menggoreng CARA MEMBUAT: Panaskan minyak.  Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau hingga sebati. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak. Masukkan cempedak di dalam adunan tadi dan goreng. Sedap dimakan panas-panas.

Tart Gulung Nanas

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Ahad ni kita nak menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Bagi keluarga Mak Long, raya korban ni biasanya disambut secara sederhana sahaja. Kek, biskut raya, rendang serta lemang sudah pasti akan terhidang di atas meja. Tapi kalau baju raya ke, kasut raya ke atau seangkatan dengannya memang tak derlah. Memang disambut secara sederhana. Sempena nak menyambut hari raya korban ni, Mak Long kongsikan resepi tart gulung nanas. Moga resepi yang Mak Long kongsikan ini dapat membantu sesiapa yang kali pertama nak cuba buat tart gulung. In Shaa Allah alau ikut segala sukatan bahan dan cara membuatnya, confirm jadilah tart gulungnya. Pasti meletup-letup rasanya. BAHAN-BAHAN: 150g mentega 100g marjerin 30g gula aising (diayak) 1 biji kuning telur 1 tsp esen vanila 300g tepung gandum 50g tepung jagung 30g tepung kastad 1 tsb baking powder 2 tsp susu tepung (jika suka) Jem nenas Hiasan

Muffin Vanila

Image
Sambungan entri sebelum ini. Sila klik link berikut  http://cahayaqasehh78.blogspot.com/2014/09/muffin-pandan.html .  BAHAN-BAHAN: 125g mentega dicairkan 150g gula kaster 2 biji telur 250g tepung kek/ tepung serbaguna 2 sudu teh serbuk penaik Secubit garam 70g susu segar 2 sudu teh esen vanila CARA MEMBUAT: Satukan telur, esen vanila dan gula. Pukul hingga sebati. Ayakkan tepung, serbuk penaik dan garam, kaup balikkan ke dalam adunan telur berselang-seli dengan susu segar. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaulkan hingga rata. Masukkan adunan ke dalam kertas cawan. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 hingga 25 minit. SELAMAT MENCUBA DARI DAPUR MAK LONG

Muffin Pandan

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Seperti biasa setiap hari Ahad pasti Mak Long akan buat sesuatu untuk keluarga besar Mak Long. Biasanya pada hari ni adik-beradik sebelah emak akan berkumpul di rumah kerana melawat opah dan tok. Hari ni Mak Long mencuba resepi muffin yang sangat mudah dan cepat. Dalam masa sejam semuanya siap terhidang buat keluarga tercinta. Rupanya mudah jer nak buat muffin, just campur sahaja bahan-bahannya dan pukul tak perlu nak putar menggunakan mixer. Sebenarnya Mak Long buat dua jenis muffin hari ini. Pertama muffin pandan dan keduanya muffin vanila. So kat entri yang ni Mak Long share dulu resepi muffin pandan. Resepi muffin pandan ini Mak Long ambil dari blog "Ena Lovely Kitchen" . Mak Long memang tak ubah apa-apa pun bahan-bahannya, just ikut sahaja cuma bahagian hiasan tu Mak Long tukar bubuh coklat cips  sebab Mak Long tak der simpan gajus cincang kat umah. Oh ya, terima kasih banyak-banyak kepada "Ena Lovely Kitchen" atas perkongsian r

Biskut Florentine

Image
ASSALAMUALAIKUM ..... Ini cerita semalam sebenarnya. Biskut Florentine yang dibuat khas untuk keluarga kecil Mak Long. Baru hari ni sempat tulis entri dan perkongsian resepinya. Semalam sibuk sikit melayan telatah cinta hati Mak Long. Hari ni subuh-subuh lagi mereka dah pulang ke Grik. Cuti sekolah dah habis. Terasa sunyi dan sepi rumah bila mereka tiada. Kalau ada riuh-rendah rumah dibuatnya dengan berkejaran 4 beradik dalam dalam rumah. Bermain bola, atau riuh rendah suara mereka bergurau sesama sendiri dan dihiasai tangisan. Maklumlah budak-budak. Sangat-sangat merindui mereka walaupun baru beberapa jam mereka pulang.  Berbalik tentang cerita biskut florentine, sebenarnya sebelum ini Mak Long dah pernah tulis entri tentang biskut ni, ada sekali perkongsian resepinya. Cuma ketika itu Mak Long buat bentuknya berbeza sikit iaitu bulat-bulat. Sila klik ke link ini untuk maklumat lanjut  http://cahayaqasehh78.blogspot.com/2014/09/biskut-florenta-cookies.html .  Resepi kali

Kek Minyak

Image
ASSALAMUALAIKUM Hari ni Mak Long bersemangat nak membuat sesuatu untuk cinta hati Mak Long. Jadi untuk menunaikan permintaan cinta hati Mak Long, maka Mak Long mencuba membuat kek minyak ni. Sebenarnya ini merupakan kali pertama Mak Long membuat kek minyak ni. Selama ini hanya menatap gambar-gambar kek minyak yang dibuat oleh rakan-rakan fb dan blogger masakan yang lain. Hati memang dah terpaut lama tetapi kesuntukan masa dan dicampur sedikit dengan kemalasan membuatkan operasi membuat kek minyak ini tertangguh. Alhamdulillah hari ni demi cinta hati Mak Long, maka terhasilkan kek minyak Dari Dapur Mak Long. Resepi asal Mak Long ambil dari blog "Dari Dapur MaDiHaA" . Terima kasih atas perkongsian resepinya dan hari ini Mak Long memanjangkan lagi perkongsian resepi ini. Moga kita dapat memanfaatkannya bersama-sama untuk memberi hidangan yang terbaik buat keluarga kita tercinta. BAHAN-BAHAN: 5 biji telur 3/4 cawan gula halus 2 cawan tepung gandum 1sk ba

Coklat Strawberi

Image
 BAHAN INTI STRAWBERI 30g krim putar 75g coklat putih compound 1 sudu besar pes strawberi 1 sudu teh perasa strawberi CARA MEMBUAT: Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan kemudian padamkan api. Kemudian letakkan mangkuk stainless steel di atasnya. Panaskan krim putar secara double boiler di dalam mangkuknya/ Masukan coklat putih compound dan kacau hingga coklat cair dan sebati. Tuangkan krim putar e dalam coklat putih. Kacau rata. Masukkan pes dan perasa strawberi. Kacau hingga rata. Masukkan ke dalam beg piping dan simpan dalam peti sejuk hingga separuh keras. BAHAN COKLAT: 100g coklat susu compound 100g coklat putih compound Inti strawberi Oilbase warna merah jambu CARA MEMBUAT: Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan kemudian padamkan api. Kemudian letakkan mangkuk stainless steel di atasnya. Masukkan coklat susu ke dalam mangkuk stainless steel. Cairkan coklat susu secara double boiler. Ketepikan. Di dalam mangkuk l