Donut
Malam ni Mak Long nak share satu lagi resepi buat sahabat-sahabat Mak Long di alam maya ini. Sebenarnya donut ni dah lama Mak Long buat. Hari ni bila belek punya belek gambar-gambar kat komputer rupaya banyak resepi yang Mak Long tak share kan di sini. Resepi donut ni Mak Long dapat dengan menghadiri sebuah kelas di Ipoh. Nak belajar kelas donut ni bukannya murah, RM200. Ada baik jugalah pergi kelas ni kerana selain dapat resepi yang paling penting masa itulah digunakan sebaik mungkin untuk dapatkan tips yang bermanfaat daripada guru-guru yang berpengalaman.
Donut ni rasanya sedikit berbeza daripada donut yang kita buat selalu. Mengikut kata guru Mak Long resepi asal donut ni berasal dari Indonesia. Kalau nak tahu rasanya bagaimana bolehlah cuba resepi yang Mak Long kongsikan di sini.
BAHAN-BAHAN
- 350gm tepung high protein
- 150gm tepung gandum
- 8gm yis segera
- 5gm bread improver
- 5gm bread softener
- 35gm gula pasir
- 6gm garam
- 30gm susu tepung
- 2 biji kuning telur
- 60gm mentega
- 225gm air ais
- 75gm whipping cream
CARA MEMBUAT:
- Campur semua bahan sampai sebati, lembut, gebu dan doh tidak melekat di tangan apabila dipegang. (Mixer sehingga 30 hingga 45 minit)
- Tabur di atas meja dengan tepung sebelum letakkan doh tadi.
- Tunggu sampai doh tidak mengecut baru terap dengan acuan donat
- Goreng dalam minyak yang bercampur dengan Crisco dengan api perlahan.
Tip: Dulang dan tangan mesti banyak tepung.
HIASAN:
- Celup dalam coklat cair putih, coklat gelap, coklat strawberry dan coklat susu. Tabur manik, kacang, badam, snow powder, oreo, coklat gelap diparut dan sebagainya.
Gambar di atas ni, Mak Long gunakan resepi yang sama cuma dipelbagaikan bentuk sahaja.
Comments
Post a Comment