Puding Triffle


ASSALAMUALAIKUM ....

Baru hari ni Mak Long berkesempatan untuk update entri tentang Puding Triffle ni. Sebenarnya puding ni Mak Long buat ketika menyambut hari jadi adik Mak Long dan Danish pada Hari Raya Korban tempoh hari. Kesibukan dengan kerja dan urusan peribadi menyebabkan tempoh Mak Long berada depan komputer ni agak terhad sebab itulah kadangkala kek, lauk, kuih sebagai contohnya dah buat lama tetapi baru nak update entri  selepas beberapa hari atau beberapa minggu selepas itu.

Tapi tak apalah sekurangnya Mak Long masukan juga kan hehehe ..... tambahan sesetengah resepi tu baru pertama kali Mak Long cuba sudah pasti Mak Long nak kena masukkan dalam blog Mak Long ni. Baru tercapai matlamat penubuhan blog masak Mak Long ni iaitu berkongsi resepi dan selain itu memudahkan Mak Long mencari semula resepi-resepi yang pernah Mak Long buat. 

Sejujurnya Puding Triffle ni baru pertama kali Mak Long buat. Sebelum ini Mak Long makan buat pertama kalinya hasil air tangan adik ipar Mak Long, Zana. Rasanya masa hari raya Aidilfitri yang lepas. Niat nak membuatnya dah lama tetapi masa raya Korban hari tu boleh terlaksana niatnya. So tanpa membuat masa, Mak Long kongsikan resepinya.


BAHAN-BAHAN:
  • 1 atau 2 gulung kek gulung swiss roll atau apa sahaja jenis kek. Mak Long guna kek gulung.
  • 1 tin fruit cocktail
  • 1 tin lychee (resepi asal tak der, tapi Mak Long bubuh)
  • 1 kotak kristal jelly sebarang perisa
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (campuran 1/2 air fruit cocktail dan 1/2 air biasa)
  • 6 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung kastad
  • Whipping cream (Mak Long tak bubuh sebab pada hari tersebut Mak Long buat 3 biji kek, so malas nak bubuh apa-apa yang berkaitan cream lagi).


CARA MEMBUAT:
  1. Layer pertama: Potong kek kecil-kecil dan susun dalam bekas. Renjiskan sedikit dengan jus dari fruit cocktail. Ketepikan.
  2. Layer kedua: Susu cair, air (campuran jus cocktail dan air biasa) dan gula di masak atas api hingga mendidih. Bancuh tepung kastad dan  sedikit air dan tuang ke adunan susu. Kecilkan api dan kacau hingga likat. Tuang adunan kastad tadi ke atas kek.
  3. Lapisan ketiga: Tabung dan susun buah-buahan coctail di atas kek.
  4. Layer keempat: Masak ristal jelly mengikut arahan pada kotak dan biarkan suam seketika. Tuang perlahan-lahan ke atas buah-buahan tadi.
  5. Layer kelima: Sepatutnya bubuh whipping cream tapi Mak Long tak bubuh tapi atas jelly tu Mak Long susun buah laici yang dalam tin.


Sekian sahaja dari Mak Long malam ni. Mudah sajakan nak buat puding triffle ni. Selamat mencuba. Mak Long memang cadang na buat lagi.

Selamat Malam Dari Dapur Mak Long.

Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa