Benjo
ASSALAMUALAIKUM ....
Mak Long nak kongsikan resepi paling mudah. Resepi sendiri tak ikut mana-mana, just tengok apa bahan yang ada dalam almari dan peti ais dan kemudian masak.
Malam ni Mak Long rasa malas nak makan nasi. Tengok roti burger yang beli kat Tesco tempohari pun masih ada. Ingatkan nak makan cicah ngan kopi jer tapi tiba-tiba terdetik dihati nak buat Benjo Selalunya beli jer, kalau beli rasanya RM1.20. Ini harga dulu tapi sekkarang ntahlah banya barang atau benda yang dah naik harga. Lagipun dah lama tak beli Benjo ni.
Bahan-Bahan untuk buat Benjo ni mudah jer. Antaranya:
- Roti burger (4 biji)
- 4 biji telur
- Butter
- Lada sulah
- Sos Cili
- Myonis
- Tomato (dihiris)
Cara-cara nak buat benjo:
- Roti burger dibelah dua.
- Kemudian Mak Long sapukan butter pada permukaan roti burger.
- Kuali dipanaskan dan kemudian letakkan permukaan roti pada kuali. Biarkan kekuningan Mak Long tak bubuh minyak. Dan satu lagi Mak Long just gunakan kuali jer untuk buat Benjo ni, janji leh masak.
- Setelah siap roti, diketepikan. Bubuh sedikit minyak dan panaskan minyak.
- Goreng telur seperti dalam gambar di atas. Mak Long panggil telur ni telur mata kerbau jer. Bila dah masak ketepikan.
- Susun roti di atas pinggan. Letak telur mata kerbau tadi. Bubuh lada sulah sedikit.
- Letakkan tomato yang telah dihiris tadi.
- Masukan sos cili dan mayonis mayo ke dalam piping beg dan kemudian lorekkan di atas telur tadi. Sila rujuk gambar di bawah.
- Akhir sekali letakkan roti semula dan siap sedia untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA
So , ni macam burger telur biasa je kan ... Tapi dinamakan Benjo ... Am I right ?
ReplyDelete