Sambutan Hari Jadi yang Tersayang
ASSALAMUALAIKUM ....
Dalam kesibukan menyambut hari raya Aidiladha sempat juga Mak Long menyiapkan 3 biji kek buat insan yang tersayang iaitu Ana (adik perempuan Mak Long), Ejai (adik lelaki Mak Long) dan cinta hati Mak Long Danish. Danish ni sebenarnya anak kepada adik perempuan Mak Long tetapi manja bebenor dia dengan Mak Long. Mak Long pun memang sayang sangat-sangat kepada Danish, dialah manja, intan, payung, masam, busyuk dan segala-galanyalah buat Mak Long. Anugerah terindah dalam hidup dalam hidup Mak Long.
Sambutan hari jadi dibuat pada hari raya Aidiladha. Sebenarnya Ana lahir pada 28 September, manakala Ejai lahir pada 29 September dan Danish pula lahir pada 1 Oktober. Kebiasaannya memang setiap tahun birthday mereka disambut serentak. Memandangkan adik perempuan Mak Long duduk kat Grik jadi sambutannya dibuat lewat sedikit, jadi tarikh yang dipilih adalah pada hari raya memandangkan semua orang berkumpul bersama-sama.
Birthday party Ejai dibuat pada sebelah pagi. Majlis kecil-kecillan sahaja. Hanya dihadiri oleh keluarga kecil Mak Long. Birthday party Ejai terpaksa dibuat sebelah pagi kerana dia gi bercuti ngan familinya lepas raya bersama-sama. Hadiah dari isteri katanya. Actually, Mak Long dan keluarga buat kejutan kat adik. Sampai-sampai saja dia kat umah terus bagi kek dan nyanyi lagu happy birthday. Seronoknya waktu tu. Tambahan melihat senyuman anaknya, Cham Cham ngan Rizqi. Depa berdua memang gemor bebenor dengan kek tambah-tambahan bab-bab meniup lilin ni, serah sahaja pada Cham Cham dan Rizqi.
Kek apa yang Mak Long buat? .... hehehe .... Mak Long buat kek buah dengan perisa strawberi. Memang sedap sangat-sangat. Tak sangka sebiji kek boleh hilang sekelip mata? Hilang ke mana tu? hahaha hilang dalam perut lah yer......
Manakala sambutan birthday Ana dan anaknnya Danish disambut pada sebelah petang kira-kira jam 2 petang. Majlis kecil-kecillan ni dihadiri oleh mak cik-mak cik, pak cik-pak cik, sepupu dan anak buah tersayang. Selain sambutan hari jadi Ana dan Danish, turut diraikan pada hari tersebut adalah Aril, anak sepupu Mak Long. Kiranya anak buah Mak Long jugalah. Aril lahir pada 4 Oktober dan ini adalah sambutan hari jadi Aril yang pertama. Aril dah 1 tahun.
Kek apa yang dibuat? Mak Long buat 2 biji kek iaitu Snowy Cheese dan satu lagi Rainbow Cake. Bezanya kali ni, rainbow cake ni Mak Long topping dengan coklat ganache dan lapisan tengahnya Mak Long bubuh cheese. Selalunya kek rainbow ni berwarna-warnikan. Tapi kali ni Mak Long buat lain skit, adunan kek memang Mak Long warnakan dengan pelbagai warna hehehe biar meriah lagipun dah namanya rainbow cake warna-warni tu mestilah ada.
Tema kek Danish adalah askar. Itu adalah permintaannya. Jenuhlah Mak Long nak fikir cam mana nak buat deko kek askar, nak buat rumput rasa macam dah biasa sangat lastnya cam gambar di atas tu lah jadinya. Simple decoration dari Mak Long buat manja Mak Long.
Oh ya gambar di atas ni diambil sehari sebelum hari raya Aidiladha. Mak Long bawa Danish ke Jusco, AEON Station 18 untuk memilih hadiah hari jadinya sendiri. Mak Long keluar berdua sahaja dengannya. Lepas pilih hadiah, kami berdua lepak kat Pizza. Danish cam biasalah dengan spagettinya. Favourite Danish tu.
Sebelum Mak Long mengundur diri dari entri malam ni, Mak Long nak luahkan perasaan Mak Long. Mak Long rasa happy sangat. Walaupun penat menyiapkan sambutan hari jadi terutama buat 3 biji kek dalam satu malam tetapi Mak Long puas bila melihat senyuman di wajah keluarga kecil Mak Long.
Comments
Post a Comment