Sambal Tumis Udang Petai


ASSALAMUALAIKUM ...

Hari ni Mak Long nak kongsikan resepi sambal tumis udang petai. Sambal Tumis Udang Petai ni my mom, opah dan tok punya favourite. Menu tengah hari ni simple jer. Mak Long sibuk dengan projek biskut raya, al-maklumlah mencuba resepi baru yang dipelajari dari kelas biskut baru-baru ni. Cuma 2 jenis jer yang Mak Long masak iaitu udang dan sayur. Mak Long tak nak berceloteh panjang hari ni, so meh kita belek2 kejap resepi Sambal Tumis Udang Petai ni.


BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang sederhana besar
  • Petai
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Cabai kering yang telah dikisar (3 sudu besar)
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Garam secukupnya
  • Sedikit minyak.


CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masa ni Mak Long bubuh garam dan sedikit Pak Aji.
  3. Masukkan 3 sudu besar cabai kering yang telah dikisar. Biar cabai kering tu tadi cukup masak baru masukkan sedikit air jawa dan sedikit air. Biarkan hingga sampai menggelegak.
  4. Masukkan udang dan petai. Kacau dan boleh dihidangkan bila masak.



Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa