Murtabak Mini Telur


ASSALAMUALAIKUM

Malam ni Mak Long nak kongsikan satu resepi yang amat mudah. Malas nak makan nasi so Mak Long buat Murtabak Mini Telur ni untuk lapik perut. Bahan-bahan yang digunakan memang dah ada kat dapur. Tak yah susah payah nak gi kedai cari bahan bila nak buat malam-malam. Stok kulit popiah pun memang dah lama ada tersimpan dalam peti ais cuma tunggu masa jer nak buat.

Kalau tengok gambar di bawah ni cara membuatnya memang simple sangat. Cuma perlukan telur, (Mak Long gunakan 6 biji telur untuk inti dan 1 biji telur untuk melekatkan kulit popiah), 4 biji cili padi (kalau yang suka pedas tu boleh tambah, yang tak suka pedas tak nak bubuh pun tak apa. Tapi bila time tergigit cabai tu memang rasanya indah sekali, best hehehe), 2 biji bawang besar dipotong dadu, garam secukupnya, dan sedikit lada sulah. 

Sila rujuk gambar 1 dan 2. Kacaukan telur, cili, bawang dan garam dalam satu bekas. Panaskan minyak dalam kuali dan kemudiannya buat telur hancur. Bubuh sedikit lada suluh. Mati api bila dah masak.

Sila rujuk gambar 3, 4, 5 dan 6. Bentangkan kulit popiah. Telur yang dah dimasak tadi diletakkan di atas kulit popiah dan balut. Rujuk gambar 5 ya. Ulang langkah ini sehingga telur tadi habis. Bila dah siap boleh goreng hingga kulit popiah kekuningan.

Kebetulan lebihan kari tengah hari ada lagi so Mak Long cicah ngan kuah kari je. Rasanya memang best.




Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa