Brownies Kedut
ASSALAMUALAIKUM semua.... Kalau kita tengok kat facebook rata-rata menjual atau menunjukkan gambar brownies kedut. Dah jadi satu trending. Sebenarnya nak buat brownies tak susah mana, lebih mudah buat brownies dari buat kek. Tak perlu susah payah nak guna mixer, nak putar sampai kembang. Untuk buat brownies kita just gaul sebati guna wisk sahaja. Mak Long kadangkala just guna senduk je. Namun untuk menghasilkan brownies yang sedap mestilah guna coklat yang kualiti, coklat yang mahal sikit atau lebih senang katakan guna coklat gred A. Kalau nak guna cooking coklat pun tak per tak der masalah. Cuma beza rasanya sangat ketara. Sebab itu kita mesti bijak memilih dan menggunakan coklat yang kualiti. Tambah-tambah kalau kita ambil tempahan. Jangan nak untung banyak dengan gunakan coklat yang agak murah. Tambahan bila kita buat brownies sukatan atau kuantiti coklatnya adalah lebih banyak dari tepung. BAHAN-BAHAN: 300g ketulan dark chocolate (coklat masakan) 150g unsalte