Samperit Dahlia Gebu


Sumber Asal resepi ini adalah Adam Sufi.
Semoga kita dapat manfaat bersama.

Memang terbaik resepinya.
Mehhhh Mak Long panjangkan ilmunya di sini.


BAHAN-BAHAN

  • 250gm buttercup
  • 120gm gula aising diayak
  • 1 sdk esen vanilla
  • 300gm tepung jagung diayak
  • 50gm tepung ubi diayak
  • 1 biji kuning telur gred B
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 170-190gm tepung gandum (+/-) kurang/ lebih
  • ceri nibs secukupnya



CARA-CARA

  1. Satukan gula dan butter dan pukul sekejap.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan susu pekat. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung dan tepung ubi. Gaul sebati dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. 
  4. Doh yang siap diuli dibahagi kepada dua bahagian dan balut dengan plastik. Simpan dalam peti ais sekejap. Tujuan supaya biskut yang dibakar akan jadi rangup.
  5. Bentukkan samperit ikut citarasa masing-masing, letakkan ceri dan bakar pada suhu 160'c selama 15 minit.

Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa