Kek Marble Singapura
ASSALAMUALAIKUM ....
Hari Mak Long saja nak tayang gambar-gambar yang diambil masa menghadiri kelas kek marble Singapura. Sudah lama Mak Long teringin nak belajar tetapi tak berkesempatan. Baru hari ni sempat nak gi belajar. Selama ni sibuklah cari resepi kek marble Singapura kat Pak Cik Google tapi tak jumpa-jumpa. Syukur sangat-sangat dapat diberi peluang untuk belajar.
Kek Marble Singapura yang Mak Long belajar ni ada 4 jenis semuanya iaitu Labaness Marble Cake, Marble Seroja, Zebra Marble Cake dan Soft Marble Cake. Terima kasih banyak-banyak kepada Zue yang sudi ajar Mak Long. Untungnya join kelas Zue ni bila join kelas jer mesti dapat resepi free. So masa Mak Long join kelas ni, dapatlah Mak Long satu resepi kek marble seksi. Auwwww seksi ke? hahaha Mak Long tak try lagi.
Namun apa yang pasti keempat-empat marble kek Singapura yang Mak Long belajar ni cukup lembut dan sedap sangat-sangat. Rasanya memang lain dari marble kek yang biasa kita buat.
So sekarang Mak Long nak perkenal satu demi satu. Gambar kat atas dan bawah ni ialah Marble Zebra Cake.
Manakala gambar kat atas ni ialah Soft Marble Cake. Rasanya amat berbeza dengan Zebra Marble Cake.
Mak Long paling sukakan kek ni. Actually semuanya sedap tapi paling sedap ialah kek ni. Namanya kek marble Seroja. Sedapnya seindah namanya juga.
Gambar yang terahir ni pula ialah Labaness Marble Cake. Ni pun sedap. Pendek kata semuanya sedap-sedap belaka. Tak rugi rasanya belajar. Bila rasa nak makan boleh buat. Buat untuk diri sendiri dan keluarga tercinta.
Mak Long stop sini dulu. Nanti Mak Long coret-coret lagi. Mak Long tau blog Mak Long ni tak popular tapi Mak Long akan tetap terus menulis dan menulis di sini .... ehhhhh silap menaip dan menaip.
Selamat malam Dari Dapur Mak Long. Jumpa lagi. Pesanan ringkas dari Mak Long, kalau kita cintakan dunia baking jangan jemu untuk menuntut ilmu dan mencuba. Kalau sekali buat tak menjadi jangan putus asa terus cuba dan cuba lagi.
***Tiba2 teringat kisah silam mencampakkan sebiji kek tak jadi dalam tong sampah. Pertama dan terakhir. Takkan Mak Long buat sikap sedemikian lagi.
Comments
Post a Comment