Brownies Kedut
ASSALAMUALAIKUM semua....
Kalau kita tengok kat facebook rata-rata menjual atau menunjukkan gambar brownies kedut. Dah jadi satu trending. Sebenarnya nak buat brownies tak susah mana, lebih mudah buat brownies dari buat kek. Tak perlu susah payah nak guna mixer, nak putar sampai kembang. Untuk buat brownies kita just gaul sebati guna wisk sahaja. Mak Long kadangkala just guna senduk je.
Namun untuk menghasilkan brownies yang sedap mestilah guna coklat yang kualiti, coklat yang mahal sikit atau lebih senang katakan guna coklat gred A. Kalau nak guna cooking coklat pun tak per tak der masalah. Cuma beza rasanya sangat ketara. Sebab itu kita mesti bijak memilih dan menggunakan coklat yang kualiti. Tambah-tambah kalau kita ambil tempahan. Jangan nak untung banyak dengan gunakan coklat yang agak murah. Tambahan bila kita buat brownies sukatan atau kuantiti coklatnya adalah lebih banyak dari tepung.
BAHAN-BAHAN:
- 300g ketulan dark chocolate (coklat masakan)
- 150g unsalted butter, potong kiub
- 4 biji telur
- 250g gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 80g tepung naik sendiri (self-raising flour)
- 20g serbuk koko
- 2 sudu besar air bancuhan kopi
- 1/2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan oven pada suhu 160°C. Griskan dulang berukuran 9x9 inci dengan butter dan lapik dengan kertas parchment atau kertas baking.
- Ayak tepung, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
- Panaskan air sehingga mendidih dan cairkan ketulan coklat bersama unsalted butter menggunakan kaedah 'double boiler'.
- Apabila cair sepenuhnya, kacau sebati kemudian angkat dan ketepikan.
- Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati (anggaran 30 saat).
- Masukkan bancuhan coklat dan butter tadi, air bancuhan kopi dan kacau lagi sehingga licin dan sebati (anggaran 30 saat).
- Masukkan pula bahan ayak dan kacau sekata. Jangan kacau terlalu lama. Memadai jika adunan basah dan adunan kering sebati.
- Bakar di dalam oven selama 45-50 minit.
Brownies kedut Mak Long ni dah tak nampak sangat kedutnya sebab Mak Long dah lorekkan dengan coklat dan tabur ngan badam.
Comments
Post a Comment