Posts

Showing posts from April, 2015

Ikan Masin atas Darat

Image
ASSALAMUALAIKUM ... Hari ni Mak Long nak kongsi resepi Ikan Masin atas Darat. Ini kali kedua Mak Long buat. First time beberapa minggu yang lalu. Masa kali pertama buat Mak Cho, Mak Long yang ajar. Dia memang pandai dalam memasak Ikan Masin Atas Darat ni. Sekali pandang macam kari jer kan tapi kalau tiga kali pandang memang berbeza dengan kari walaupun bahan-bahan yang digunakan hampir sama dengan kari. Cara masak juga sedikit berbeza.  Bahan-bahan yang digunakan adalah: 500gm ikan masin 3 biji terung bulat (dipotong) 2 biji bawang besar dihiris 4 ulas bawang putih dihiris 1 paket rempah kari ikan Sedikit air asam jawa Beberapa helai daun kari 1 1/2 paket santan  Air secukupnya Garam secukupnya CARA PENYEDIAAN: Masukkan ikan masin, bawang putih, bawang besar (yang telah dihiris), daun kari, santan, sedikit asam jawa, rempah kari (bancuh rempah kari dengan air awal-awal sebelum dimasukkan) dan air secukupnya ke dalam kuali. Masak semuanya atas api. Seb

Sambal Tumis Udang Petai

Image
ASSALAMUALAIKUM ... Hari ni Mak Long nak kongsikan resepi sambal tumis udang petai. Sambal Tumis Udang Petai ni my mom, opah dan tok punya favourite. Menu tengah hari ni simple jer. Mak Long sibuk dengan projek biskut raya, al-maklumlah mencuba resepi baru yang dipelajari dari kelas biskut baru-baru ni. Cuma 2 jenis jer yang Mak Long masak iaitu udang dan sayur. Mak Long tak nak berceloteh panjang hari ni, so meh kita belek2 kejap resepi Sambal Tumis Udang Petai ni. BAHAN-BAHAN: 500gm udang sederhana besar Petai 1 biji bawang besar (dihiris) 2 ulas bawang putih Sedikit belacan Cabai kering yang telah dikisar (3 sudu besar) Sedikit air asam jawa Sedikit air Garam secukupnya Sedikit minyak. CARA PENYEDIAANNYA: Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masa ni Mak Long bubuh garam dan sedikit Pak Aji. Masukkan 3 sudu besar cabai kering yang telah dikisar. Biar cabai kering tu tadi cukup masak baru masukkan sedikit air jawa dan

Murtabak Mini Telur

Image
ASSALAMUALAIKUM Malam ni Mak Long nak kongsikan satu resepi yang amat mudah. Malas nak makan nasi so Mak Long buat Murtabak Mini Telur ni untuk lapik perut. Bahan-bahan yang digunakan memang dah ada kat dapur. Tak yah susah payah nak gi kedai cari bahan bila nak buat malam-malam. Stok kulit popiah pun memang dah lama ada tersimpan dalam peti ais cuma tunggu masa jer nak buat. Kalau tengok gambar di bawah ni cara membuatnya memang simple sangat. Cuma perlukan telur, (Mak Long gunakan 6 biji telur untuk inti dan 1 biji telur untuk melekatkan kulit popiah), 4 biji cili padi (kalau yang suka pedas tu boleh tambah, yang tak suka pedas tak nak bubuh pun tak apa. Tapi bila time tergigit cabai tu memang rasanya indah sekali, best hehehe), 2 biji bawang besar dipotong dadu, garam secukupnya, dan sedikit lada sulah.  Sila rujuk gambar 1 dan 2. Kacaukan telur, cili, bawang dan garam dalam satu bekas. Panaskan minyak dalam kuali dan kemudiannya buat telur hancur. Bubuh sedikit lada s

Sotong Masak Kicap

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Hari ni Mak Long nak kongsi resepi Sotong Masak Kicap yang paling simple. Actually resepi ni diajar oleh Mak Cho, Mak Long. Sotong ni favourite Mak Long. Kena plak dengan masak kicap bertambah-tambahlah laju makannya. Tq untuk Mak Cho sebab sudi ajar Mak Long. So kat bawah ni Mak Long kongsikan resepi ni untuk tatapan pengunjung blog Mak Long. Bagi yang nak cuba diizinkan. BAHAN-BAHAN: 1 Kilo sotong (dipotong dan dibasuh bersih-bersih) 2 biji bawang besar (Sebiji ditumbuk lumat, dan sebiji dipotong bulat untuk hiasan) 3 ulas bawang putih (ditumbuk bersama bawang besar tadi) 3 sudu besar lada hitam ditumbuk 1 sudu cuka 3 tangkai cabai merah (dibelah dua tapi jangan sampai putus) Kicap secukupnya Garam Minyak untuk menumis CARA PENYEDIAAN: Panaskan minyak dahulu, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Tumis hingga sampai naik baunya dan bubuh lada hitam yang telah ditumbuk lumat. Kacau. Masukkan garam

Resepi Tumis sayur Siew Pak Choy

Image
Perkongsian masakan paling simple dari Mak Long. BAHAN-BAHAN: 3 pokok sayur Pok Choy, dipotong Sedikit cendawan (Mak Long ambil dalam segenggam) 6 ekor udang dibuang kulit dan dibersihkan. Sedikit ikan bilis (ikut suka, Mak Long bubuh dalam 7-8 ekor je) 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dihiris 3 tangkai cabai kering dipotong Sedikit garam Sedikit minyak untuk menumis CARA PENYEDIAAN: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cabai kering dan ikan bilis dalam kuali hingga naik bau. Bubuh sedikit garam. Masukkan udang, biarkan hingga udang masak. Masukkan sayur Siew Pak Choy dan cendawan dan masak hingga lembut. Tapi jangan sampai layu. Bila dah masak boleh dihidangkan buat keluarga tercinta.

Sambal Kerang Cili Padi

Image
Siang tadi makan kat kedai. Pagi-pagi Mak Long dah keluar bawa mak gi hospital. Sejak akhir-akhir kesihatan mak agak terjejas kerana asma dan sakit kaki. Balik dari hopital Batu Gajah terus singgah TF kat area Batu Gajah. Cadangnya nak membeli buah-buahan. Banyak-banyak shopping complex kat Ipoh ni, Mak Long rasa TF adalah tempat yang terbaik untuk mencari buah-buahan. Pertama alasannnya disebabkan terdapat pelbagai jenis buah dan keduanya buah-buahannya segar. Harga dijamin berpatutan. Dari TF ronda-ronda kejap kat TESCO Pengkalan. Menjamu selera kat Food Court  Tesco Pengkalan Station 18. Kali ni makan memang tak best. Tak tau nak kata apa. Harga mahal dan teramat-amatlah tidak puas hati dengan rasanya. Mak Long tak kisah kalau harga mahal asalkan rasanya berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Opssss melalut Mak Long bercerita tentang hal lain. Disebabkan siang tadi dok makan kat kedai, malam terpaksalah memasak. Nak gi makan luar takut tak sedap lagi. Air tangan sendiri dan a