Apam Susu

ASSALAMUALAIKUM....

Malam ni Mak Long nak kongsi resepi apam susu. Kali pertama Mak Long buat dan alhamdulillah naik menggebu. Siap buat 2 biji apam susu lagi. Buat kali kedua lagi bertambah gebu apamnya. Kebetulan hari ni harijadi mak Mak Long so ada buat jamuan kecil di rumah. Tu yang buat apam sampai dua biji tu.

Resepi asal Mak Long ambil dari Resepi Sheila Rusly. Mak Long tak ubah apa-apa pun. Just ikut sahaja. Bagi yang nak merujuk ke fb Sheila Rusly ni boleh klik kat link ni https://www.facebook.com/ResepiSheilaRusly?fref=photo

Mak Long tak nak bercerita panjang lagi. Bagi yang nak mencuba resepi ni dipersilakan. Selamat malam, salam perkenalan dan selamat mencuba.


BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar ovalate
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • Pewarna (ikut suka)

CARA PENYEDIAAN:
  1. Telur, esen vanilla, ovalate, susu pekat dan gula di blend sampai halus dan pekat.
  2. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas. Masukkan tepung dan acau hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada bahagian dan bubuh warna yang disukai.
  4. Loyang dioles dengan sedikit marjerin kemudian baru masukkan adunan berselang seli.
  5. Kukus selama 40 minit.
APAM SUSU (KOMBINASI WARNA KUNING DAN MERAH)

RASA SERONOK BILA LIHAT BETAPA GEBUNYA APAM SUSU NI.


Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa