Posts

Showing posts from June, 2016

Biskut Suji Kelapa

Image
Sempena dekat nak raya ni, Mak Long kongsikan resepi Biskut Suji Kelapa. BAHAN-BAHAN 220gm tepung serbaguna 100gm gula aising 40gm kelapa kering 130gm minyak sapi 1/4 sudu kecil garam sedikit ceri merah - potong kecil (hiasan) CARA PENYEDIAAN: Sebatikan tepung, kelapa kering, gula dan garam. Kemudian masukkan minyak sapi, gaul sebati sehingga menjadi doh. Terapkan ikut bentuk yang disukai dan, susun dalam dulang pembakar (Kalau ikut resepi asal, uli adunan sebesar biji guli).  Letakkan ceri dan bakar selama 18 hingga 20 minit pada suhu 170'c. Sejukan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. ***Meriahnya Hari Raya dengan aneka jenis biskut***

Samperit Dahlia Gebu

Image
Sumber Asal resepi ini adalah Adam Sufi. Semoga kita dapat manfaat bersama. Memang terbaik resepinya. Mehhhh Mak Long panjangkan ilmunya di sini. BAHAN-BAHAN 250gm buttercup 120gm gula aising diayak 1 sdk esen vanilla 300gm tepung jagung diayak 50gm tepung ubi diayak 1 biji kuning telur gred B 1/4 cawan susu pekat 170-190gm tepung gandum (+/-) kurang/ lebih ceri nibs secukupnya CARA-CARA Satukan gula dan butter dan pukul sekejap. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan susu pekat. Gaul sebati. Masukkan tepung jagung dan tepung ubi. Gaul sebati dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.  Doh yang siap diuli dibahagi kepada dua bahagian dan balut dengan plastik. Simpan dalam peti ais sekejap. Tujuan supaya biskut yang dibakar akan jadi rangup. Bentukkan samperit ikut citarasa masing-masing, letakkan ceri dan bakar pada suhu 160'c selama 15 minit.

Double Trouble Chocolate

Image
Semoga resepi ini dapat dimanfaatan bersama-sama. BAHAN-BAHAN BAHAN A 450gm dark compound 57gm mentega BAHAN B 350gm gula kastor 5 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla BAHAN C 60gm tepung superfine 1 sudu kecil double action baking powder BAHAN D 150gm coklat cip (boleh letak lebih jika suka) CARA-CARA Cairkan bahan A menggunakan teknik double boil. Pukul bahan B hingga sebati dan masukkan esen vanilla Masukkan bahan A ke dalam adunan adunan Bahan B dan pukul sebati. Masukkan bahan C kacau dengan spatula. Sejukkan dan tutup adunan tersebut dengan plastik dan biarkan di dalam peti ais selama 1 jam. Selepas 1 jam keluarkan dan guna sudu/ scoop aiskrim dan leta di atas dulang yang di alas dengan kertas. Bakar pada suhu 150'c selama 10-12 minit bergantung pada oven masing-masing. ****Biskut ini bukan rangup tapi chewy2**

Shortbread Cookies

Image
BAHAN-BAHAN 250gm butter 150gm gula halus 2sdt emulco 330gm tepung gandum 40gm susu tepung 10gm serbuk koko 50gm nestum kisar halus 60gm serbuk badam HIASAN 230gm coklat masakan 20gm koko butter 50gm coklat putih untuk marble ***masak double boiler*** CARA PENYEDIAAN Pukul butter, gula dan emulco hingga sebati. Masukkan bahan kering. Gaulkan hingga menjadi doh. Ambil 600gm doh ratakan dalam loyang yang di alas kertas minyak. cucuk doh dengan garpu dan tekan cutter di atas doh hingga ke dasar loyang.

Frambozen Kenari

Image
BAHAN-BAHAN 180gm mentega 40gm gula kastor 280gm tepung gandum 1 sudu teh esen vanilla CARA-CARA Putar mentega dan gula hingga sebati dan gebu. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati. Kemudian masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh. Ratakan doh ke dalam loyang 10x10 Bakar pada suhu 120c selama 20 minit mengikut oven masing-masing. MERINGUE (TOPPING) BAHAN-BAHAN 60gm putih telur 30gm gula kastor 60gm gula aising 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil esen vanilla CARA-CARA Pukul putih telur hingga berbuih dan gebu. Masukkan gula kastor dan gula aising - putar laju. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan esen vanilla dan putar medium speed sahaja. Sapukan jem strawberi ke atas biskut yang telah masak dan bakar semula selama 10 minit. Keluarkan dari oven, sejukkan sebentar dan paipkan meringue. Taburkan dengan badam. Baar pada suhu 140c selama 30-40 minit. Potong semasa panas.

Pretzel

Image
BAHAN-BAHAN: 180gm mentega 50gm gula aising 250gm tepung gandum 2 sudu makan tepung beras 1/4 sudu teh garam 1 sudu teh esen vanilla HIASAN Coklat cair strawberi, coklat, badam, manik-manik hiasan/ croquant CARA PENYEDIAAN Putar mentega dan gula sampai kembang. Masukkan bahan-bahan lain dan uli sampai sebati. Bentukkan menggunakan acuan. Bakar api 160c selama 10-15minit bergantung pada oven masing-masing. Tips: ***acuan mesti selalu dicelup dengan tepung.