Puding Laici


Assalamualaikum. Mak Long tak ingat bila Mak buat puding ni tetapi masih baru dalam sebulan dua ni Mak Long membuatnya. Sebenarnya sejak akhir-akhir ni Mak Long rajin membuat puding sama ada untuk minum petang (tambahan cuaca panas-panas gini memang sedap makan puding) atau untuk jamuan keluarga. Banyak resepi yang tak dimasukkan ke dalam blog ni. Hanya sempat menangkap gambar sahaja tetapi Inshaa Allah Mak Long akan sentiasa update resepi terbaru untuk kita berkongsi bersama-sama.

Mak Long tak nak berceloteh panjang sebab banyak lagi resepi yang Mak Long nak masukkan malam ini. Bagi yang nak mencuba boleh mencuba, Resepi ni Mak Long dapat dari Encik Google tapi Mak Long lupa blog mana. Ampun banyak-banyak. Mak Long panjangkan kebaikan tuan punya resepi yang asal. Moga kita dapat manfaat bersama-sama.



BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus agar-agar (resepi asal guna agar-agar serbuk)
  • 8 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin laici
  • 2 senduk gula


CARA PENYEDIAAN:

  • Isikan 8 cawan air ke dalam periuk bersama agar-agar.
  • Kacau agar-agar dan biarkan sampai ia larut dalam air.
  • Masukkan 2 senduk gula tadi dan kacau.
  • Masukkan 1 tin susu cair dan 1 tin laici (buah laicinya jangan dimasukkan dahulu).
  • Padamkan api. Masukkan agar-agar ke dalam loyang/ acuan. Hiriskan buah laici tadi tapi jangan halus sangat ya.
  • Sejukkan dalam peti sejuk.
  • Bila dah keras boleh hidangkan buat keluarga tercinta.





Comments

Popular posts from this blog

Tauhu Thai

Sambal Kerang Cili Padi

Biskut Suji Kelapa