Posts

Showing posts from October, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Malam ni Mak Long nak share resepi Jeruk Mangga Asam Boi. Rasanya memang MeLetUPpppp, nak buat pun memang mudah sangat-sangat. Tak perlu nak gunakan bahan yang banyak.  Kuantiti yang Mak Long buat ni sedikit jer. Tak dapat nak cari mempelam muda. Ni pun mujur terjumpa 3 biji mempelam muda. Mempelam dibasuh, dibuang kulit dan dipotong. Saiz ikut suka nak kecik ke besor. Mak Long potong sederhana jer saiznya. Untuk 3 biji buah mangga ni, Mak Long masukkan 15 biji asam boi, 2 senduk gula dan 5 biji cabai burung/ cili padi. Kalau ikutkan resepi asal banyak bebenor cabai burung yang digunakan tetapi Mak Long just guna 5 biji. Ni pun podas bagi yang tak tahan pedas. Tapi kalau buat Mak Long memang secukup rasalah rasa pedasnya. Gaulkan sebati kesemua bahan-bahan tadi dan masukkan dalam bekas tertutup. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk biarkan selama 4 hingga 5 jam. Macam Mak Long buat malam semalam so pagi tadi baru rasa. Hmmmm .... rasanya memanglah b

Donut

Image
ASSALAMUALAIKUM ...... Malam ni Mak Long nak share satu lagi resepi buat sahabat-sahabat Mak Long di alam maya ini. Sebenarnya donut ni dah lama Mak Long buat. Hari ni bila belek punya belek gambar-gambar kat komputer rupaya banyak resepi yang Mak Long tak share kan di sini. Resepi donut ni Mak Long dapat dengan menghadiri sebuah kelas di Ipoh. Nak belajar kelas donut ni bukannya murah, RM200. Ada baik jugalah pergi kelas ni kerana selain dapat resepi yang paling penting masa itulah digunakan sebaik mungkin untuk dapatkan tips yang bermanfaat daripada guru-guru yang berpengalaman. Donut ni rasanya sedikit berbeza daripada donut yang kita buat selalu. Mengikut kata guru Mak Long resepi asal donut ni berasal dari Indonesia. Kalau nak tahu rasanya bagaimana bolehlah cuba resepi yang Mak Long kongsikan di sini. BAHAN-BAHAN 350gm tepung high protein 150gm tepung gandum 8gm yis segera 5gm bread improver 5gm bread softener 35gm gula pasir 6gm garam 30gm susu tepu

Puding Triffle

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Baru hari ni Mak Long berkesempatan untuk update entri tentang Puding Triffle ni. Sebenarnya puding ni Mak Long buat ketika menyambut hari jadi adik Mak Long dan Danish pada Hari Raya Korban tempoh hari. Kesibukan dengan kerja dan urusan peribadi menyebabkan tempoh Mak Long berada depan komputer ni agak terhad sebab itulah kadangkala kek, lauk, kuih sebagai contohnya dah buat lama tetapi baru nak update entri  selepas beberapa hari atau beberapa minggu selepas itu. Tapi tak apalah sekurangnya Mak Long masukan juga kan hehehe ..... tambahan sesetengah resepi tu baru pertama kali Mak Long cuba sudah pasti Mak Long nak kena masukkan dalam blog Mak Long ni. Baru tercapai matlamat penubuhan blog masak Mak Long ni iaitu berkongsi resepi dan selain itu memudahkan Mak Long mencari semula resepi-resepi yang pernah Mak Long buat.  Sejujurnya Puding Triffle ni baru pertama kali Mak Long buat. Sebelum ini Mak Long makan buat pertama kalinya hasil air tangan adik

Fruit Cake

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Kek buah yang paling simple Mak Long buat untuk birthday adik lelaki Mak Long. Mak Long cuma gunakan tepung sponge kek yang dah siap dijual di kedai. Ikut arahan saja. Cuma adunan kek tu Mak Long tambah sedikit dengan strawberri paste. Bubuh sikit pewarna pink kasik menyerlah skit warnanya. Selepas kek dibakar, Mak Long gunakan fresh cream untuk topping dan filling tengah. Last sekali Mak Long hiasan dengan buah anggur, limau dan strawberri. Asalnya Mak Long cadang nak buat Strawberri Mousse Kek untuk adik Mak Long tapi memandangkan tak cukup masa, mata pun dah ngantuk masa tu maklumlah dah lewat ketika buatnya. Akhirnya jadi ginilah hasilnya. Walau bagaimanapun rasanya memang MeLetuPp. Siap adik ipar puji lagi sebab tu sebiji kek hilang sekelip mata.

Sambutan Hari Jadi yang Tersayang

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Dalam kesibukan menyambut hari raya Aidiladha sempat juga Mak Long menyiapkan 3 biji kek buat insan yang tersayang iaitu Ana (adik perempuan Mak Long), Ejai (adik lelaki Mak Long) dan cinta hati Mak Long Danish. Danish ni sebenarnya anak kepada adik perempuan Mak Long tetapi manja bebenor dia dengan Mak Long. Mak Long pun memang sayang sangat-sangat kepada Danish, dialah manja, intan, payung, masam, busyuk dan segala-galanyalah buat Mak Long. Anugerah terindah dalam hidup dalam hidup Mak Long. Sambutan hari jadi dibuat pada hari raya Aidiladha. Sebenarnya Ana lahir pada 28 September, manakala Ejai lahir pada 29 September dan Danish pula lahir pada 1 Oktober. Kebiasaannya memang setiap tahun birthday mereka disambut serentak. Memandangkan adik perempuan Mak Long duduk kat Grik jadi sambutannya dibuat lewat sedikit, jadi tarikh yang dipilih adalah pada hari raya memandangkan semua orang berkumpul bersama-sama. Birthday party Ejai dibuat pada sebe

Cempedak Goreng Rangup

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Mak Long share resepi yang paling mudah. Pejam mata pun dah boleh buat hehehe.... tapi jangan pejam mata betul-betul udah ler takut tercelup tangan tu dalam minyak panas. Perumpamaan jer tu untuk menggambarkan betapa senangnya nak buat cempedak goreng ni. Cempedak goreng ni memang favourite Mak Long, bila sampai musimnya memang keraplah Mak Long buat. Tambahan pula pak cik, Mak Long ada dusun so senanglah Mak Long nak dapatkan buah cempedak ni. Tanpa membuang masa Mak Long share resepi ni .... hehehe :) Selamat Mencuba. BAHAN-BAHAN: 1 cawan tepung gandum 2 cawan tepung beras 1 sudu teh garam Cempedak secukupnya Air secukupnya Minyak untuk menggoreng CARA MEMBUAT: Panaskan minyak.  Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau hingga sebati. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak. Masukkan cempedak di dalam adunan tadi dan goreng. Sedap dimakan panas-panas.