Posts

Showing posts from October, 2016

Brownies Kedut

Image
ASSALAMUALAIKUM semua.... Kalau kita tengok kat facebook rata-rata menjual atau menunjukkan gambar brownies kedut. Dah jadi satu trending. Sebenarnya nak buat brownies tak susah mana, lebih mudah buat brownies dari buat kek. Tak perlu susah payah nak guna mixer, nak putar sampai kembang. Untuk buat brownies kita just gaul sebati guna wisk sahaja. Mak Long kadangkala just guna senduk je.  Namun untuk menghasilkan brownies yang sedap mestilah guna coklat yang kualiti, coklat yang mahal sikit atau lebih senang katakan guna coklat gred A. Kalau nak guna cooking coklat pun tak per tak der masalah. Cuma beza rasanya sangat ketara. Sebab itu kita mesti bijak memilih dan menggunakan coklat yang kualiti. Tambah-tambah kalau kita ambil tempahan. Jangan nak untung banyak dengan gunakan coklat yang agak murah. Tambahan bila kita buat brownies sukatan atau kuantiti coklatnya adalah lebih banyak dari tepung. BAHAN-BAHAN: 300g ketulan dark chocolate (coklat masakan) 150g unsalte

Nasi Minyak

Image
Assalamualaikum .... Hari ni Mak Long geledah komputer Mak Long. Dalam geledah-geledah komputer Mak Long terjumpa gambar nasi minyak yang Mak Long buat. Dah lama Mak Long buat nasi minyak ni tetapi disebab kesibukan tak sempat Mak Long nak kongsikan di sini. So hari ni dengan baik hatinya Mak Long kongsikan resepi nasi minyak Mak Long. Sumbernya Mak Long tak ingat. Biasanya dalam buku catatan Mak Long ada Mak Long catatkan dari mana sumbernya. Tapi yang ini ta der pula. Tapi seingat Mak Long, Mak Long ambil resepi dari sebuah blog. Walaupun Mak Long tak ingat blog mana, terima kasih banyak-banyaklah kepada empunya blog sebab sudi berkongsi ilmu. So hari ni Mak Long panjangkan lagi ilmu. Moga kita sama-sama dapat manfaat dari ilmu ni. Hari ni Mak Long tak nak celoteh panjang-panjang.  Mak Long terus kongsikan resepi. Bagi yang nak cuba boleh mencuba. Kalau betul caranya, Inshaa Allah menjadi. BAHAN-BAHAN: 3 cawan beras basmathi 3 cawan air 1 cawan susu cair 1/2 caw