Posts

Showing posts from May, 2015

Masala Vadai

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Mak Long tengah boring kat office ni. Belek punya belek gambar-gambar dalam komputer ni terjumpa gambar Masala Vadai yang Mak Long buat. Mak Long tak ingat bila buatnya tetapi yang pastinya Mak Long buat pada hari Ahad untuk juadah makan dan minum petang untuk keluarga tercinta. Kiranya tak der lah lama sangat Mak Long buat Masala Vadai ni, kalau ikutkan dalam 2 bulan yang lepas. Nak buat Masala Vadai ni tak susah. Senang jer. Yang penting kena rajin. Kalau malas, benda yang senang pun jadi susah. Mak Long memang suka Masala Vadai ni. Orang kita panggil Masalodeh.  Masala Vadai ni adalah makanan tradisi masyarakat India kat negara kita.  Kat sini Mak Long kongsikan resepinya. Selamat Mencuba.  BAHAN-BAHAN: 500gm kacang dhal direndam selama 2 jam 3 biji bawang besar (dihiris) 2 biji cili hijau (dihiris) 2 helai daun kari (dihiris) 1 sudu makan jintan putih 1 sudu makan jintan manis 30ml air Garam secukup rasa Minyak untuk menggoreng

Apam Susu

Image
ASSALAMUALAIKUM.... Malam ni Mak Long nak kongsi resepi apam susu. Kali pertama Mak Long buat dan alhamdulillah naik menggebu. Siap buat 2 biji apam susu lagi. Buat kali kedua lagi bertambah gebu apamnya. Kebetulan hari ni harijadi mak Mak Long so ada buat jamuan kecil di rumah. Tu yang buat apam sampai dua biji tu. Resepi asal Mak Long ambil dari Resepi Sheila Rusly. Mak Long tak ubah apa-apa pun. Just ikut sahaja. Bagi yang nak merujuk ke fb Sheila Rusly ni boleh klik kat link ni https://www.facebook.com/ResepiSheilaRusly?fref=photo Mak Long tak nak bercerita panjang lagi. Bagi yang nak mencuba resepi ni dipersilakan. Selamat malam, salam perkenalan dan selamat mencuba. BAHAN-BAHAN: 4 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu besar ovalate 4 sudu besar susu pekat 1 cawan gula pasir 2 cawan tepung gandum Pewarna (ikut suka) CARA PENYEDIAAN: Telur, esen vanilla, ovalate, susu pekat dan gula di blend sampai halus dan pekat. Kemudian masukkan ke dalam sa