Posts

Showing posts from December, 2014

Benjo

Image
ASSALAMUALAIKUM .... Mak Long nak kongsikan resepi paling mudah. Resepi sendiri tak ikut mana-mana, just tengok apa bahan yang ada dalam almari dan peti ais dan kemudian masak. Malam ni Mak Long rasa malas nak makan nasi. Tengok roti burger yang beli kat Tesco tempohari pun masih ada. Ingatkan nak makan cicah ngan kopi jer tapi tiba-tiba terdetik dihati nak buat Benjo Selalunya beli jer, kalau beli rasanya RM1.20. Ini harga dulu tapi sekkarang ntahlah banya barang atau benda yang dah naik harga. Lagipun dah lama tak beli Benjo ni. Bahan-Bahan untuk buat Benjo ni mudah jer. Antaranya: Roti burger (4 biji) 4 biji telur Butter Lada sulah Sos Cili Myonis Tomato (dihiris) Cara-cara nak buat benjo: Roti burger dibelah dua. Kemudian Mak Long sapukan butter pada permukaan roti burger. Kuali dipanaskan dan kemudian letakkan permukaan roti pada kuali. Biarkan kekuningan Mak Long tak bubuh minyak. Dan satu lagi Mak Long just gunakan kuali jer untuk buat Benjo ni,

Tempahan Cupcakes

Image
Tempahan cupcakes dari Mas Mia untuk birthday anaknya. Kali ni temanya biru. Harap-harap Mas suka dan puas hati. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi order Dari Dapur Mak Long dan memberi kepercayaan kepada Mak Long setiap tahun. Dalam menyiapkan tempahan untuk Mas, sempat juga Mak Long buat cupcakes untu diri sendiri. Ini hasilnya. Cupcakes yang sama cuma dekonya saja yang berbeza.

Tempahan Snowy Cheese

Image
Alhamdulillah siap juaga tempahan Snowy Cheese Coklat ni. Sebenarnya Snowy Cheese Coklat Cake ni ditempah oleh sepupu Mak Long untuk ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah merea yang ke 25 tahun. Mereka nak buat suprise untuk kedua orang tua mereka. Siap suruh Mak Long berjanji lagi jangan beritahu sesiapa. Buat Pak Cik dan Mak Cik, Mak Long selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 25. Moga berbahagia selalu bersama keluarga tercinta dan diberikan kesihatan yang baik. Always love you all, tanpamu siapalah Mak Long ni. Oh, ya dalam menyiapkan tempahan kek untuk cousin Mak Long ni, sempat jugalah Mak Long buat kek untuk keluarga kecil Mak Long, untuk makan-makan. Buat kek kecil jer. Tengok dalam peti ais ada sedikit lebihan strawberry jadi Mak Long pun bubuhlah untuk mencantikkan kek Mak Long ni. Amacam cantikkan tak deko kek Mak Long ni?