Butter cupcakes dengan Hirisan Badam yang Mak Long buat untuk perkahwinan sepupu Mak Long, Mira dan pasangannya Faiz pada 31 Ogos 2014. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Aminn......
Siang tadi makan kat kedai. Pagi-pagi Mak Long dah keluar bawa mak gi hospital. Sejak akhir-akhir kesihatan mak agak terjejas kerana asma dan sakit kaki. Balik dari hopital Batu Gajah terus singgah TF kat area Batu Gajah. Cadangnya nak membeli buah-buahan. Banyak-banyak shopping complex kat Ipoh ni, Mak Long rasa TF adalah tempat yang terbaik untuk mencari buah-buahan. Pertama alasannnya disebabkan terdapat pelbagai jenis buah dan keduanya buah-buahannya segar. Harga dijamin berpatutan. Dari TF ronda-ronda kejap kat TESCO Pengkalan. Menjamu selera kat Food Court Tesco Pengkalan Station 18. Kali ni makan memang tak best. Tak tau nak kata apa. Harga mahal dan teramat-amatlah tidak puas hati dengan rasanya. Mak Long tak kisah kalau harga mahal asalkan rasanya berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Opssss melalut Mak Long bercerita tentang hal lain. Disebabkan siang tadi dok makan kat kedai, malam terpaksalah memasak. Nak gi makan luar takut tak sedap lagi. Air tangan sendiri d...
ASSALAMUALAIKUM semua.... Kalau kita tengok kat facebook rata-rata menjual atau menunjukkan gambar brownies kedut. Dah jadi satu trending. Sebenarnya nak buat brownies tak susah mana, lebih mudah buat brownies dari buat kek. Tak perlu susah payah nak guna mixer, nak putar sampai kembang. Untuk buat brownies kita just gaul sebati guna wisk sahaja. Mak Long kadangkala just guna senduk je. Namun untuk menghasilkan brownies yang sedap mestilah guna coklat yang kualiti, coklat yang mahal sikit atau lebih senang katakan guna coklat gred A. Kalau nak guna cooking coklat pun tak per tak der masalah. Cuma beza rasanya sangat ketara. Sebab itu kita mesti bijak memilih dan menggunakan coklat yang kualiti. Tambah-tambah kalau kita ambil tempahan. Jangan nak untung banyak dengan gunakan coklat yang agak murah. Tambahan bila kita buat brownies sukatan atau kuantiti coklatnya adalah lebih banyak dari tepung. BAHAN-BAHAN: 300g ketulan dark chocolate (coklat masakan) 150g uns...
HAPPY BIRTHDAY to adik MUHAMMAD AQIL AFHAM Aqil dah genap usia 2 tahun. Semoga Aqil menjadi anak yang baik, soleh, berilmu dan taat kepada ibu bapa. Terima kasih bebanyak kepada sepupu Mak Long, Nisa dan Farif kerana sudi menempah kek pada Mak Long. Aqil sebenarnya lahir pada 31 Ogos, cuma sambutannya diadakan lewat sedikit iaitu pada Hari Raya Aidiladha. Sekali lagi terima kasih Nisa kerana sudi menjemput Mak Long ke majlis hari jadi Aqil. Kek span coklat, layer dengan cream coklat dan topping with coklat ganache.
Comments
Post a Comment