Posts

Showing posts from August, 2016

Assorted Fancy Sandwich

Image
Assorted Fancy Sandwich untuk family Mak Long. Kebetulan hari ni semua adik-adik dan anak-anak buah berkumpul di rumah, jadi menu untuk minum petang hari ni adalah sandwich yang baru Mak Long belajar. Respon yang memuaskan dari keluarga tercinta. Danish cinta hati Mak Long suka sangat sampai minta untuk bawa balik. Alhamdulillah seronok sangat bila apa yang kita buat disukai. Syukur Allah, syukur sangat-sangat kerana memberi rezeki kepada Mak Long untuk berkongsi dengan keluarga tercinta.

Brownies Kedut Nutella

Image
Hai, Ketemu kita lagi. Kali ni catatan Mak Long ringkas sahaja. Mak Long cuma nak masukkan picture tempahan brownies kedut nutella. Mak Long jual dalam bekas kecil dan sederhana. Kalau ada yang duduk sekitar Ipoh, kalau nak order boleh message Mak Long. Just tinggalkan contact number di komen dan Mak Long akan hubungi. Selamat Malam semua ....

Kelas Assorted Fancy Sandwich

Image
ASSALAMULAIKUM .... Sabtu lepas Mak Long menghadiri kelas lagi. Tak tertahan lagi apabila melihat photo-photo sandwich dekat facebook, wechat dan Instagram. Tak dapat Mak Long menahan dugaan. Mula-mula cekalkan hati juga, tak payahlah nak belajar sandwich. Benda senang jer. Takkan tu pun nak join kelas. Tapi makin lama tak tertanggung rasanya bila melihat keenakkan dan kesedapan gambar-gambar sandwich di laman sesawang. Godaan oh godaan. Mujur juga Zue buka kelas untuk second group yang nak join kelas. Tanpa melengah masa Mak Long register, bayar dan menghadiri. Alhamdulillah, seperti mana yang Mak Long kata sebelum ni, tak rugi untuk kita menuntut ilmu walaupun benda tu simple. Tapi kena pandai jugalah memilih kelas. Dengar cerita ada yang kenakan kelas sandswich sampai RM200 atau paling murah RM150. Kalau harga cam gitu kena fikirlah dua tiga kali. Memang tak salah menuntut ilmu tapi harga kelas juga janganlah terlampau mahal. Tengok kos bahan jugalah. K